Friday, August 26, 2011

jiwang sekejap je..boleh ? ;p

Buat dia yang pernah disayang…
Dulu kau kata kau cinta..
Kini kau cintakan insan lain..
Dulu kau kata kau sayang..
Kini kau sayangkan insan lain..
Dulu kau kata kau rindu..
Kini kau rindukan insan lain..
Dulu kau kata kau setia..
Kini kau setia dengan insan lain..
Dulu kau kata ingin bersama-sama selamanya..
Tapi kini kau berjanji dengan insan lain untuk hidup bersama..
Dulu kau kata hati mu hanya ada aku..
Kini hatimu hanya ada insan lain..
Dulu kau kata kau bahagia..
Kini kau  bosan dengan percintaan yang lama..

Tahukah kau ku pegang kata-kata yang kau yang pernah kau ungkapkan dahulu..
  Kerana cinta aku relakan..
   Kerana rindu aku turutkan..
     Ketahuilah akan dirimu.
 Aku menyintaimu,bukan kerana paras rupa ataupun harta milikmu
 Aku menyintaimu kerana ketulusan
   Budi pekertimu..aku gembira kerana kau sudi bertakhta dihatiku
  dan aku resah bila kau tiada disisiku.
  Cuma satu yang kupinta darimu,
 Aku harap engkau sudi bertakhta dihatiku.
 Buat selama-lamanya “

Doaku agar kau bahagia..
Doaku agar kau lebih tabah..
Doaku agar kau lebih kuat..
Doaku agar kau lebih tenang..
Doaku agar kau lebih senang..
Menjalani kehidupan kau yang sekarang dan akan datang..


masni

Terima kasih kerana sudi membaca.kalau rajin komen la ye.hee

Post a Comment