Wednesday, November 23, 2011

BUSY WEEK

STUDY!
FOR 
EXAM
PRINCIPLE OF RISK MANAGEMENT
&
INTERNATIONAL BUSINESS

ASSIGNMENT!
FOR
HUBUNGAN ETNIK
FINANCE
COMMUNICATION BUSINESS
LAW
INTERNATIONAL BUSINESS

PRESENTATION!
FOR
COMMUNICATION BUSINESS
&
HUBUNGAN ETNIK

STUDY FOR FINAL EXAM!

~GOOD LUCK~

Masni




P/S: STOP blogging untuk seketika waktu.. STUDY! DON'T BE LAZY! ngee~ CHAIYOK! Daaa (^_^)

Terima kasih kerana sudi membaca.kalau rajin komen la ye.hee

Sunday, November 20, 2011

NIKAH KHITBAH



assalamualaikum w.b.t

Pertama - tamanya , aku ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah memberi nafas untuk aku hidup dimuka bumi ini. ALHAMDULILLAH. aku bersemangat nak muntah cerita je kat sini walaupun banyak kerja lain yang perlu dibuat. hehe. ok kali ni. entri aku berbentuk ilmuan agama sedikit. Bukan nak berceramah, bukan nak berdakwah, tapi nak mintak pendapat dan betulkan apa yang aku paham tentang tajuk yang aku letak kat atas. 'NIKAH KHITBAH.

ok. sebenarnya dulu aku memang tak tahu - menahu pasal nikah khitbah ni. tapi ada satu masa tu, aku terbaca satu artikel yang dipost salah seorang rakan aku kat facebook. tajuk artikel nya nikah khitbah: tiket untuk bercouple. tekan sini kalau nak baca artikel tu ;) .aku percaya ramai yang tahu benda ni. cuma aku yang ketinggalan zaman. hehehe. tapi kenapa dulu aku tak tahu ek. masa tu ilmu cetek lagi kot. astargfirullahalazim. haishh. hehe  bagi yang tak pernah tahu  macam aku. buat lah research dan bertanya pada yang pakar ye.

berbalik pada nikah khitbah. nikah khitbah ni kalau orang kita sebut NIKAH GANTUNG. apa yang aku paham setelah dibuat research kat internet sahaja. nikah khitbah ni..kita nikah dengan pasangan kita. tapi tak boleh duduk bersama. akad masih sama cuma selepas nikah pasangan kena tinggal ngan ibu bapa. macam perempuan ni patotnya selepas nikah kena ikot suami. dosa dan nafkah wajib ditanggung suami. tapi nikah khitbah ni lain. apa yang aku paham nikah khitbah or nikah gantung ni walaupun kita dah nikah tapi tinggal ngan ibu bapa, ibu bapa yang akan tanggung nafkah dan dosa si anak tersebut. dosa dan nafkah wajib ditanggung oleh si suami tu bila ibu bapa kita hantar anak perempuan kepada suami untuk tinggal bersama buat selama-lamanya.. pastu apa yang aku paham nikah khitbah ni menghalalkan sesuatu hubungan. motif or kebaikannya. kalau berlaku persetubuhan. maka itu halal lah. kalau nak dibezakan dengan orang yang tak bernikah, kalau melakukan persetubuhan itu haram dan dipanggil zina. dimurka Allah.. kalau pasangan tu dah bersedudukan or melakukan persetubuhan. nafkah or dosa. adakah masih ditanggung oleh ibu bapa kita lagi? ataupun walaupun dah bersedudukan pasangan masih boleh tinggal bersama ngan ibu bapa (dalam proses nikah gantung) ? atau bila dah bersedudukan dosa dan nafkah tu dah wajib keatas suami ke ? haha banyak noh persoalan. pastu nikah khitbah ni cuma untuk orang yang belum mampu memberi nafkah contohnya masih belajar. or belum ada kerja. ataupun ada kerja tapi belum mampu tanggung pasangan. betul ke? huhuhu. hahaha banyak tanya ni. adakah aku berminat nak buat nikah gantung ni. ok dah tanya mak abah. aku pon kena habiskan belajar dan dapatkan kerja yang elok baru pikir nak kahwin. wat masa ni belum sesuai untuk pikir benda ni walaupun memang aku teringin sangat nak nikah.. hehe gatalnya.

antara research-research aku. aku cari lah kat youtube pasal nikah khitbah. sekali je ada. ceramah daripada ustaz azhar idrus. sangat syiok lah.. mula-mula memang tak paham apa yang disampaikan. satu dia cakap ganu kedua, lom paham apa yang dimaksudkan nikah khitbah. setelah berkali -kali tengok video tuh ada la 9-10 kali. akhirnya aku paham la sikit. tapi tulah nak mintak pendapat. betol ke apa yang aku pahamkan.

ok ni video yang aku tengok berkali-kali untuk pahamkan..hehe.yang belom tengok.harus tengok.telakar la telakar sangat ustaz ni kan. kan.
p/s: kenapa orang tak buat gini ek? padahal nikah ni dah memudahkan or menghalalkan sesuatu hubungan tu. dan kenapa aku tak tahu ek? benda ni tak ramai orang wat ke? kalau dah benda ni halal. kenapa couple2 yang tinggal bersedudukan pastu lahirkan anak luar nikah. then dah malu buang anak. kalau nikah gantung takdenya wat benda yang menambahkan dosa.kan.kan. ok aku? aku pon berminat untuk berpasang - pasang jugak. walaupun aku masih belajar. dah boleh nikah dah. keadaan aku tak mengizinkan. BELAJAR DULU.AWAK TU DAH LA RUPA BUDAK2 .JAUH SANGAT NAK KE RUPA MAK ORANG hehe. 
just mawu shared. kalau ada yang terbaca. nak betulkan fahaman aku. or nak tambah apa-apa. silakanlah. itu pon kalau ada yang menyinggah blog yang sepi ini...
wow.selalu shared pasal kenangan pahit manis pasal aku. kali ni jadi ustazah la plak. dah maju dah maju haha. senget kejap ;)
* berpesan pada diri sendiri.;)
wassalam.

masni


Terima kasih kerana sudi membaca.kalau rajin komen la ye.hee

Sunday, August 28, 2011

ucapan MERDEKARAYA buat semua yang dikenali/xdikenali/terkenal pon boleh.

ASSALAMUALAIKUM semua

saya MASNI MOHD TON ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yang ke-54..
mestilah mawu cerita pasal raya ! raya! raya!
disini, disana dan disitu..aku nak mohon ampun/maaf andai ada tersalah silap.terkasar bahasa.tersilap kata.terhembus sesuke. erkk mintak diampunkan eh..mintak halalkan apa jua yang dah terbagi dan terambil ye...KOSONG -KOSONG ye..
walaupun RAMADHAN hampir meninggalkan kita..ku mengharapkan ramadhan akan datang lagi(sambil nyanyi ala lagu harapan ramadhan by raihan & man bai)
pada yang pulang ke kampung..berhati-hati dijalan raya..kereta rosak tepon PLUS..hik2 (dah biasa kena tolong ngan PLUS)
semoga berbahagia dihari raya..jangan bersedih pulak...tak pasal..hahaha..ok bergembiralah semua ye..


show time...sila tutup telinga anda sebelum tekan butang PLAY haha...just nak imbas kenangan terakhir bersama kawan2 dan senior2 aku...terimalah..

+ ILHAM VS MOSPEADA +


masni




Terima kasih kerana sudi membaca.kalau rajin komen la ye.hee

Friday, August 26, 2011

jiwang sekejap je..boleh ? ;p

Buat dia yang pernah disayang…
Dulu kau kata kau cinta..
Kini kau cintakan insan lain..
Dulu kau kata kau sayang..
Kini kau sayangkan insan lain..
Dulu kau kata kau rindu..
Kini kau rindukan insan lain..
Dulu kau kata kau setia..
Kini kau setia dengan insan lain..
Dulu kau kata ingin bersama-sama selamanya..
Tapi kini kau berjanji dengan insan lain untuk hidup bersama..
Dulu kau kata hati mu hanya ada aku..
Kini hatimu hanya ada insan lain..
Dulu kau kata kau bahagia..
Kini kau  bosan dengan percintaan yang lama..

Tahukah kau ku pegang kata-kata yang kau yang pernah kau ungkapkan dahulu..
  Kerana cinta aku relakan..
   Kerana rindu aku turutkan..
     Ketahuilah akan dirimu.
 Aku menyintaimu,bukan kerana paras rupa ataupun harta milikmu
 Aku menyintaimu kerana ketulusan
   Budi pekertimu..aku gembira kerana kau sudi bertakhta dihatiku
  dan aku resah bila kau tiada disisiku.
  Cuma satu yang kupinta darimu,
 Aku harap engkau sudi bertakhta dihatiku.
 Buat selama-lamanya “

Doaku agar kau bahagia..
Doaku agar kau lebih tabah..
Doaku agar kau lebih kuat..
Doaku agar kau lebih tenang..
Doaku agar kau lebih senang..
Menjalani kehidupan kau yang sekarang dan akan datang..


masni

Terima kasih kerana sudi membaca.kalau rajin komen la ye.hee

Thursday, August 25, 2011

SUPIR A.K.A DREBAR

assalamualaikum
memang SERONOK memandu kereta, walaupun dahulu agak takut dan gementar.apabila selalu membawanya..kecuakan itu hilang sedikit demi sedikit dan sekarang lebih berkeyakinan..tapi agak lebih berhati-hati..sejak aku di hon oleh kereta yang dipandu insan lain..aku menjadi TRAUMA..bila dengar je bunyi hon..aku merasakan hon itu dituju ke aku..walaupun dari jarak jauh..sampai begitu sekali..dan kini aku lebih berhati-hati..dan belum berani untuk menghon kereta lain..walaupun hati PANAS menggelegak..SABAR itu penting..bila kad lesen aku bertukar WAJAH..(lesen penuh) time tu lah aku akan memberanikan diri..TUNGGU jelah..sape yang nak kena HON sangat dengan aku...sepanjang aku bawak kereta ni..memang pernah accident..tapi dengan harta benda awam je..benda tu tak rosak..tapi kereta kancil abah aku yang kemek..next,pernah langgar pagar rumah aku..sampai kan kereta aku...ops kereta ABAH AKU hehehe.. terguris dalam2..sampai berlubang awak semua..dan Alhamdulillah syukur..tidak berlaku apa- apa yang serius selain kereta yang dikemekkan oleh aku..=p 

so: peringatan dari aku..bila nak bawak kereta.jangan lupa baca basmalah dan doa sebelum gerak tuh..mesti yakin dan berani..jangan jadi macam aku..kecut nak hon orang..kalau rasa orang tu salah HON je sepuas hati kita...heheh..ok 

 
inilah gambar OPAH aku muda-muda dulu..maklumlah zaman dah moden..dunia dah maju..hik2 (>.<)

wassalam..(^-^)

masni

Terima kasih kerana sudi membaca.kalau rajin komen la ye.hee